Instagram : @coach_asmaaishah

19 June 2016

Coach Asma 013 2203389 - Senarai Kalori Makanan Rakyat Malaysia

Ingat tak konsep nak turun berat macam saya cakap sebelum ni? Haaa... Yes, makan ikut kalori. Jangan makan terlebih kalori. Yang terlebih itu lah akan jadi lemak nanti. Jadi harini akak payung sikit senarai kalori makanan harian kita. Jadi sebelum makan tu cek dulu makanan yang kita ambil ye.






Perlu di ingat, kurangkan kalori bukan kurangkan makan. Portion makanan harus betul ikut pada keperluan kalori individu.


Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

15 June 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife : 5 Sebab Kenapa Gagal Turun Berat

Memang dalam proses turun berat ada turun naiknya. Pada masa penurunan berat yang banyak anda akan gembira dan mengatakan "Ya, diet ini memang berkesan untuk saya". Tapi bila berat dah tak berapa nak turun, mula lah mencipta alasan diet ini tak bagus, diet ini menyusahkan dan macam-macam alasan yang dicipta. Tapi tak ada pulak menyalahkan diri sendiri kenapa tak berjaya turun berat. Tak adilkan macam tu

Kegagalan turun berat badan atau turun berat sekerat jalan ada banyak faktor. Dekat sini saya senaraikan beberapa sebab gagal turun berat badan.

1. Tidak ada coach
Turun berat ni kene ada ilmu. Tak boleh main redah diet. Salah diet nanti merana badan. Peranan coach dalam program turun berat sangat penting. Coach ialah tempat rujukan sepanjang proses turun berat. Sebagai coach Herbalife, saya akan memberi ilmu berkenaan kalori, pemakanan sihat, gaya hidup sihat kepada para coachee. Setiap coachee saya akan follow up melalui telefon atau berjumpa sekiranya dekat dengan kawasan saya.

2. Tak tahu kalori
Normal mindset nak turun berat tak payah makan nasi. Tak makan nasi tapi ambik biskut, kuih dan roti sebagai pengganti nasi. Tahu tak kuih, biskut dan roti itu pun karbohidrat sama macam nasi. Cuma yang bezanya kuih muih dan biskut lagi tinggi kalori dan tinggi kandungan lemak daripada nasi. Jadi kalau skip makan nasi tapi ambil kuih dan biskut je memanjang, berat takkan turun jugak. Makin bertambah adalah. Disebabkan oleh faktor kandungan lemak yang tinggi.

3. Suka minum air manis
Bab air kosong ramai yang tak berminat nak minum banyak. Tapi kalau air manis bagi satu jug pun boleh habis. Air manis ni sebenarnya punca tersembunyi kenaikan berat. Ramai yang tak sedar. Air manis satu gelas ada yang boleh mencecah 300 kalori satu gelas. Nasi sesenduk baru 200 kalori. Bayangkan air manis lagi tinggi kalori daripada nasi.

4. Makanan segera dan makanan berproses
Makanan segera bukan setakat maggi. Musim moden sekarang makanan segera dan makanan yang diproses berlambak di pasaraya. Contoh, sosej, bebola, sardin, mee segera, burger, pizza dan nugget. Makanan segera dan diproses ni tinggi bahan pengawet dan bahan perasa. Bahan pengawet membantutkan penurunan berat badan malah menambah kandungan lemak di dalam badan.

 5. Gaya hidup yang tidak sihat
Gaya hidup ni bukan setakat bersenam tapi aktiviti seharian kita mempengaruhi faktor penurunan berat badan. Contoh gaya hidup yang sihat ialah tidur yang cukup, elakkan merokok, kurangkan caffein dan elakkan daripada stress.


Cek diri jap antara 5 faktor ni mana yang kena pada diri sendiri. Kalau dah terkena salah satu ambil tindakan untuh berubah.


Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389