Instagram : @coach_asmaaishah

30 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife Malaysia : Macam Mana Nak Daftar Ahli Herbalife

Semenjak dua ni saya kerap ditanya oleh klien macam mana  nak daftar sebagai ahli bebas Herbalife. Dekat bawah ni ada beberapa soalan yang kerap ditanya macam mana nak jadi ahli Herbalife. 

Macam mana cara untuk mendaftar ahli Herbalife?
Boleh jumpa coach Herbalife anda dan bagitahu anda nak daftar sebagai ahli Herbalife. Coach Herbalife akan membuat pendaftaran keahlian anda secara online atau pun offline.

Berapakah yuran untuk mendaftar ahli Herbalife?
Yuran keahlian Herbalife anda boleh rujuk kepada coach Herbalife anda. Pendaftaran hanya sekali seumur hidup. Cuma setiap tahun anda hanya perlu memperbaharui lesen ahli anda sahaja. Alaaa.. Macam kita renew lesen memandu

Apakah yang saya akan dapat bila mendaftar ahli Herbalife?
Anda akan mendapat sebuah beg ahli Herbalife. Boleh bagitahu coach anda sama ada nak beg ahli SKIN ataupun beg ahli biasa. Di dalam beg ahli Herbalife ada buku panduan produk, sudu, butang Herbalife dan CD.

Apakah kelebihan menjadi ahli Herbalife?
Banyak kelebihan yang anda akan dapat. Antaranya:
1. Dapat membeli produk Herbalife dengan harga diskaun ahli
2. Boleh membeli produk Herbalife di 95 buah negara yang ada Herbalife
3. Layak untuk menghadiri latihan ahli Herbalife
4. Berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan Herbalife

Kenapa perlu mendaftar ahli dengan Coach Asma?
Kerana saya sendiri sudah menggunakan produk Herbalife lebih daripada 4 tahun. Dan saya juga berjaya mendapat hasil turun lemak 4kg dan naik otot 7kg dengan Herbalife. Sekarang saya maintain berat dengan Herbalife sudah hampir 4 tahun.

Sepanjang pengalaman saya selama 4 tahun dalam bidang pengurusan berat badan, saya telah membantu ramai orang mendapat berat idaman mereka. Now, giliran saya untuk bantu anda pula ;)

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

  • Coach Bebas Herbalife & Ahli Bebas Herbalife - 4 tahun pengalaman
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife, 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

27 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife : Dimana Nak Dapatkan Senarai Harga Herbalife

"Berapa harga Herbalife?"
"Herbalife ada pakej kan? Berapa harga pakej Herbalife?"
"Dekat mana boleh dapatkan senarai harga produk Herbalife?"

Ni antara beberapa soalan yang selalu saya dapat daripada bakal pengguna Herbalife. Biasalah kan nak membeli sesuatu mesti kita kena tahu harganya dulu. Sama macam Herbalife juga. Sebab itu bila ditanya kepada semua coach Herbalife, soalan berapa harga Herbalife memang soalan kegemaran daripada prospek.

Untuk mendapatkan senarai harga produk Herbalife, anda boleh dapatkannya di:

1. HQ Herbalife
Sesiapa  yang berkelapangan ke pejabat Herbalife di Plaza See Hoy Chan, boleh dapatkan katalog senarai harga produk Herbalife daripada security yang bertugas.

2. Daripada coach bebas Herbalife
Kebanyakkan semua coach akan memberikan satu katalog senarai Harga produk Herbalife kepada client baru. Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Macam mana? boleh email atau whatsapp saya untuk senarai harga Herbalife yang lebih detail.

3. Di dalam beg ahli Herbalife
Sesiapa yang sudah mendaftar sebagai ahli bebas Herbalife boleh ambil senarai harga produk Herbalife di dalam beg ahli Herbalife.

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

  • Coach Bebas Herbalife & Ahli Bebas Herbalife - 4 tahun pengalaman
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife, 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

24 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife : Side Effect/Kesan Sampingan Makan Herbalife

"Apa side effect kalau makan Herbalife?"
"Kalau makan Herbalife ni ada kesan buruk tak?"
"Orang yang ada masalah kesihatan makan Herbalife jadi apa-apa tak?"

Haaa.. Ni antara soalan glamour yang saya dapat sepanjang menjadi coach Herbalife. Soalan yang sama sahaja maksud walaupun ayat berlainan. Jadi disebabkan soalan "side effect makan Herbalife" dah glamour, saya nak tunjuk lah sikit kesan-kesan makan Herbalife.

Kesan yang mula-mula sekali ialah anda akan rasa bangun pagi badan rasa ringan dan pembungan air sangat lawas. Toksin atau racun memang ada dalam badan kita. Ia terjadi daripada makanan yang kita makan. Contoh makanan yang boleh menyebabkan toksin tinggi ialah makanan bergoreng, makanan yang dibakar, tinggi pengawet, pewarna, perasa dan sebagainya. Toksin yang tinggi menyebabkan badan cepat letih, tak bermaya, pembungan tidak lawas, mengantuk, pemarah dan stress. Herbalife membantu proses detoks dengan menyingkirkan racun (toksin) di dalam badan melalui air kecil, air besar dan peluh. Teamix Herbalife sangat bagus untuk proses detoksifikasi. Hasil daripada proses detoks, badan akan lebih bertenaga, kurang stress, pembungan lawas.

Kesan yang kedua ialah baju dan seluar dah nampak longgar. Yang ni semua orang nak kan. Nak nampak kurus. Anda akan perasan baju dan seluar longgar bila masuk hari ke sepuluh dan ke atas minum Herbalife (hasil bergantung kepada badan individu).

Kesan yang ketiga berlaku selepas kesan kedua. Lepas anda perasan baju makin longgar, dah pasti berat akan turun. Kesan sampingan makan Herbalife akan nampak bila anda naik atas penimbang. Nah, berat turun lagi! Itu lah kesan makan Herbalife. Siapa nak kesan macam ni? Semua nak kan?

Side effect makan Herbalife. Turun 30kg
Kesan keempat, kulit nampak lebih cantik dan menawan (glowing). Orang lelaki atau perempuan sama saja akan nampak kesan ini pada kulit bila dah makan Herbalife secara konsisten. Herbalife ialah makanan untuk sel. Jadi, dia membaiki sel-sel tisu yang rosak dekat dalam badan. Sebab itu kulit akan nampak lebih cantik, cerah dan menawan.

Kesan kelima, makin awet muda. Bila Herbalife dah detox buang toksin badan, kulit akan nampak perubahan. Nak awet muda banyakkan makan makanan yang tinggi antioksidan. Makanan tinggi antioksida melambatkan penuaan. Dalam Herbalife teamix, NW antara produk yang tinggi antioksida.

produk ini tidak bertujuan merawat dan mengubati penyakit
Sebanarnya kalau nak diceritakan pasal kesan makan Herbalife ni banyak. Nak tengok lebih detail pasal kesan makan Herbalife boleh datang ke Hari Pelanggan Herbalife. Nanti boleh jumpa dengan orang yang dah makan Herbalife lebih daripada 5 tahun, 10 tahun, dan tengok apa kesan-kesan Herbalife yang berlaku pada mereka.

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA

23 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife : Kenapa Berat Susah Nak Turun?

Pernah tak bila berat tak turun rasa give up? Perkara ni memang normal berlaku bagi sesiapa yang tengah dalam program turun berat. Betul kan?

Turun berat badan ialah satu proses. Dia bukan skim cepat kurus. Harini diet esok turun 10 kilo. Nak turun berat kene lalui macam-macam cabaran berliku. Part cabaran ni ramai yang gagal di tengah jalan. Anda mesti pernah terfikir sebab apa berat susah nak turun

Ada beberapa punca kenapa berat badan susah nak turun.

\

Rata-rata yang nak turun berat akan mengurangkan makanan mereka. Lebih teruk daripada itu ada yang sanggup skip makan semata-mata nak kurus. Untuk turun berat badan, bukan mengurangkan makan tapi kurangkan kalori makanan. Kalau tak makan metabolisma badan akan turun, tenaga untuk membakar tak ada. Makan itu tak salah cuma tahu apa yang anda makan.

Jadual pemakanan diet orang yang nak turun berat yang biasa saya jumpa tak makan nasi. Ada yang makan biskut daripada pagi sampai malam. Biskut ialah trans fat dan tak ada keperluan nutrisi yang cukup untuk badan. Ambil lah makanan yang seimbang dengan kombinasi 40% karbohidrat, 30% protein dan 30% lemak baik. 

Air membantu meningkatkan metabolisma badan. Minum air kosong mengikut keperluan berat badan anda. Setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air kosong.

Jangan sesekali skip waktu makan anda. Skip makan akan menyebabkan metabolisma menurun dan tidak ada pembakaran lemak berlaku. Makan setiap 3-4 jam untuk mengekalkan tahap metabolisma badan supaya sentiasa bekerja.

Tukar sarapan anda yang tinggi kalori, tinggi gula, garam, minyak dan lemak kepada sarapan yang lebih bernutrisi dan kalori rendah. Sarapan yang tinggi kalori punca kenaikan lemak dan berat badan.

Mindset normal orang kita nak kurus kene bersenam sepanjang masa. Sebenarnya bersenam hanya membantu 20% sahaja penurunan berat badan. 80% adalah daripada pemakanan. 

Gambar : kredit pada facebook coach kurus peribadi anda

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA

21 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife : 5 Mitos Dalam Program Penurunan Berat Badan

Mitos 1: Makan selepas jam 8 malam akan menyebabkan berat badan naik
Fakta: Pukul berapa sekali pun anda makan sebenarnya tidak menyebabkan kenaikan berat. Yang menyebabkan kenaikan berat badan adalah jumlah kalori yang diambil melebihi daripada yang sepatutnya.

Mitos 2: Asam membantu penurunan berat badan
Fakta: Ini yang selalu kita salah faham. Makanan seperti asam, acara tau jeruk tidak dapat membantu menurunkan berat badan. Makanan tersebut hanya akan memberi kesan mudarat kepada tubuh.

Mitos 3: Elakkan karbohidrat
Fakta: Bukan semua karbohidrat jahat. Karbohidrat diperlukan oleh tubuh setiap hari untukmemberi sumber tenaga. Karbohidrat kompleks sangat bagus berbanding dengan simple carbo.

Mitos 4: Menjadi Vegetarian membantu menurunkan berat badan
Fakta: Walaupun anda seorang pengamal vegetarian, ia tidak menjamin berlaku penurunan berat. Perlu diingat sayur juga adalah karbohidrat komples.

Mitos 5: Kerap mengunyah melambatkan penurunan berat badan
Fakta: Tabiat mengunyah sebenarnya membantu meningkatkan metabolism badan. Tapi perlu di ambil tahu makanan apa yang kita mengunyah. Adakah makanan yang rendah kalori atau yang tinggi kalori. Pakar pemakanan dan diet menyarankan agar makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk memastikan metabolism badan sentiasa boost up.

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

  • Coach Bebas Herbalife & Ahli Bebas Herbalife - 4 tahun pengalaman
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife, 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

20 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife : Harga dan Diskaun Herbalife

Ramai yang bertanya saya mengenai pakej program harga Herbalife. Kebanyakkannya bertanya mengenai diskaun harga Herbalife. Yela siapa yang taknak makan Herbalife murah kan. Adat kita lagi murah lagi la menarik hati. Tak gitu?

Ok. Bercerita mengenai harga Herbalife di Malaysia, Herbalife ada menawarkan beberapa harga istimewa untuk pilihan pelanggan Herbalife. Untuk bukan ahli bebas Herbalife, mereka perlu membeli dengan harga runcit dengan coach bebas Herbalife. Keistimewaan membeli dengan harga runcit ialah mereka boleh menuntut 30 hari jaminan pulangan wang sekiranya tidak mendapat hasil dengan Herbalife (dengan syarat dah ikut cakap coach betul-betul). Setakat pengalam saya 4 tahun ni tak ada lagi kes tuntutan dibuat sebabnya kesemua client turun berat badan dalam masa 30 hari walaupun penurunan yang sikit.

Herbalife banyak memberi keistimewaan pada ahlinya. Nak sign up ahli bebas Herbalife senang sahaja. Anda hanya perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM99.60 kepada coach bebas Herbalife. Once dah jadi ahli bebas Herbalife, anda akan mendapat diskaun harga 25% untuk kesemua produk Herbalife. Dan yang paling best anda boleh membeli produk Herbalife di 94 buah negara Herbalife menggunakan id yang sama dan diskaun yang sama.

Lebih daripada tu, Herbalife juga menyediakan pilihan harga yang lagi murah untuk pelanggannya. Anda boleh menikmati harga Herbalife yang lagi murah dengan diskaun harga 35%, 42% dan sehingga 50%. Nak beli nasi lemak pun tak boleh dapat diskaun harga sampai 50% kan.

So dekat sini tak ada alasan lagi untuk anda mengatakan Herbalife mahal sebabnya anda boleh memilih diskaun mana yang anda mahu pilih ;)

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

  • Coach Bebas Herbalife & Ahli Bebas Herbalife - 4 tahun pengalaman
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife, 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

19 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife : Cabaran Turun Berat Badan 21 Hari

Wah! Ada berita baik untuk warga Terengganu yang nak kurus dan cantik bergaya. Saya dan beberapa orang coach Herbalife di Kuala Terengganu akan mengadakan aktiviti "Meh Kuruh Ganu" (MKG) untuk sesiapa sahaja yang berminat nak turun berat dengan cara yang betul. Jadi yang berada di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Paka, Dungun, Besut, Setiu dan Kemaman boleh la sertai MKG.

Yuran penyertaan tidak akan dikenakan. Untuk mendaftar masuk, peserta cuma perlu mendapatkan produk Herbalife daripada coach Herbalife masing-masing kerana program ini sepenuhnya menggunakan pelan pemakanan Herbalife. 

Antara faedah sekiranya anda join cabaran ini:
1. Mendapat free coaching daripada coach Herbalife anda sama ada secara face to face ataupun online coaching. Yang pasti anda boleh kacau coach Herbalife anda itu bila-bila masa sahaja. Best kan? (kacau = tanya soalan pemakanan dan tips turun berat)

2. Pelan pemakanan secara individu. Pelan pemakanan ini boleh dapat daripada coach Herbalife anda.

3. Aktiviti senaman komuniti percuma sahaja setiap Isnin dan Khamis di Bukit Besar, Kuala Terengganu. 
 Lepas ni semua yang join exercise makin bertenaga sebab dah consume Herbalife. hehe..

4. Group support coaching. Biasanya banyak tips-tips penting berkaitan turun berat badan akan dishare oleh coach di dalam group ini.

5. Anda boleh enjoy sarapan pagi dan makan malam dengan produk Herbalife. 

Jadi, tunggu apa lagi kan.Banyak sangat benefit yang anda akan dapat bila join program ni. Jom cepat-cepat cari coach Herbalife di kawasan anda sama ada di Kuala Terengganu, Marang, Besut, Setiu, Dungun, Paka, Kerteh, Kemaman atau dimana sahaja untuk mendaftar. Pastikan anda membeli produk Herbalie darpada coach Herbalife sebelum join program ni ye ;)

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

  • Coach Bebas Herbalife & Ahli Bebas Herbalife - 4 tahun pengalaman
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife, 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

17 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Ahli Bebas Herbalife Malaysia : Aktiviti Ke Kenduri Client Herbalife di Setiu dan Marang

Adat musim cuti sekolah mesti ada banyak kenduri. Cerita hari Sabtu lepas, saya sempat ke dua buah kenduri kahwin client Herbalife di Bukit Payung, Marang dan Sungai Tong, Setiu. Destinasi pertama yang dituju kenduri di Bukit Payung, Marang. Nak jumpa rumah pengantin, dua kali tersalah jalan. Nama sahaja orang Terengganu tapi bab jalan selain daripada kawasan Kuala Terengganu mesti fail. 

Pengantin cantik ni salah seorang ahli kelab nutrisi di Manir. Makan Herbalife sebab fokus nak turun berat badan sebelum majlis. Hasilnya, dia berjaya turun 8kg sebelum kahwin!. Dan sekarang fokus untuk mendapatkan berat badan ideal dengan program turun berat Herbalife.

Lepas selesai membaham segenggam nasi kenduri (gulai dia sedap hehe), masuk kereta terus telan 2 biji Omega 3 Herbalife dan Teamix Herbalife sebab nak bakar balik segala mak nenek lemak kenduri tadi. 

Destinasi kenduri seterusnya diteruskan ke Sungai Tong, Setiu. Pengantin perempuan  ni namanya Nabila. Makan Herbalife sudah 3 tahun dan jumlah penurunan berat dengan Herbalife 20kg!

Lepas selesai dua kenduri, balik ke Kuala Terengganu dengan perut kenyang ;) Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Tengok muka Zafran happy dapat makan gulai kawah orang kahwin.

Selfie memang hobi Zafran

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

  • Coach Bebas Herbalife & Ahli Bebas Herbalife - 4 tahun pengalaman
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife, 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

16 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Coach dan Ahli Bebas Herbalife : Tips Turun Berat Badan Secara Sihat Dengan Herbalife

Memang tiga ke empat bulan sebelum raya orang duduk sibuk untuk turunkan berat badan. Biasanya target mereka untuk tempah baju raya dengan saiz baru. Al maklumlah hari raya mesti nak kelihatan cantik dan menawan kan. Sekurang-kurangnya tak adalah hari raya nanti orang akan tegur kita 'Eh, makin sihat sekarang'. Sebagai seorang coach pengurusan berat badan Herbalife saya memang dah terbiasa dengan musim ini. Orang cakap musim Kurus Sebelum Raya. 

Tapi adakah kita hanya nak kurus untuk raya sahaja? Taknak ke kurus dan cantik menawan selama-lamanya? memandangkan musim sekarang trend nak kurus, jadi saya akan berikan tips-tips turun berat badan secara sihat dalam blog saya ini. Tips turun berat saya akan berikan secara berperingkat. Jadi kenalah sentiasa baca blog kita ni ye ;)

Tips 1 : Makan Segenggam Sahaja Karbohidrat
Perkara pertama ubah pemakanan kita. Jangan berubah secara drastik tapi ubahlah dengan perlahan-lahan. Setiap hidangan wajib (ada 3 kali sahaja hidangan wajib setiap hari) perlu ambik karbohidrat tapi dalam kuantiti yang sederhana. Contoh, kalau nasi ambil dalam portion segenggam sahaja. Sama juga dengan bihun, mee atau ubi kentang (anggarkan segenggam). Antara 3 waktu wajib mengambil makanan ialah waktu pagi, tengahari dan malam. Jadi, karbohidrat perlu diambil di setiap masa ini. 

Untuk sarapan pagi, boleh ambil shake Herbalife sebagai hidangan sarapan sihat. Dalam shake Herbalife itu sendiri ada mengandungi karbohidrat kompleks yang minima. Juga kalori shake Herbalife sangat rendah erbanding dengan makanan karbohidrat lain. Begitu juga pada waktu malam. boleh ambil satu hidangan shake Herbalife. Dan disebabkan itu, Herbalife sangat membantu anda untuk turun berat secara sihat.

isi kandungan F1 shake Herbalife

Tips 2 : Banyakkan ulam-ulaman, elakkan sayur bergoreng
Ulam sangat bagus untuk badan. Ia juga bagus untuk kita yang menjaga kalori. Kalori ulam sangat rendah berbanding dengan sayur goreng. Jadi, untuk membantu anda turun berat badan, elakkan makan sayur bergoreng tapi tukar sayur bergoreng kepada ulam ulaman.

Tips 3 : Makan ayam bahagian dada sahaja
Bahagian dada ayam sangat tinggi protein berbanding dengan bahagian lain. Namun, perlu diingat ayam juga mempunyai lemak. Sekiranya ada pilihan ikan untuk makan, lebih baik ambil ikan daripada ayam. 

kalori setiap bahagian ayam

Pesanan untuk hari ini, nak kurus jangan tinggal makan. Makan ikut portion yang betul. 

Untuk enti harini saya berikan dulu 3 tips untuk menurunkan berat badan. Kita jumpa di next posting pula ya ;)

Sekiranya anda berminat untuk TURUN BERAT/NAIK BERAT/MAINTAIN BERAT/TURUN LEMAK/SARAPAN SIHAT/SPORT PERFORMANCE dengan Herbalife boleh hubungi:
COACH ASMA
013 2203389

  • Coach Bebas Herbalife & Ahli Bebas Herbalife - 4 tahun pengalaman
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife, 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

15 March 2016

Coach Asma 013 2203389 l Coach dan Ahli Bebas Herbalife : Aktiviti Membakar Lebihan Kalori Dapat Membantu Menurunkan Berat Badan

Pernah atau tak bila anda makan berlebihan daripada kalori badan perlukan, anda rasa menyasal tak sudah. Sebagai seorang coach Herbalife, saya pun pernah merasa perasaan begitu walaupun kalori yang masuk itu tak adalah berlebihan daripada orang yang tidak menggunakan Herbalife. Kalau berlaku situasi berlebihan kalori dalam hari itu, anda perlu membakar semula kalori yang berlebihan tersebut. 

Contohnya, kalori harian saya hanyalah 1300 kalori sahaja. Andai kata pada hari ini saya makan 1700 kalori, 400 yang tidak berjaya dibakar pada hari ini. Jadi, apa yang perlu saya buat ialah, saya perlu membakar semula 400 kalori yang terlebih itu. Disini saya sertakan beberapa cara aktiviti atau senaman yang boleh membantu anda membakar lebihan kalori.

Kesimpulannya, beringat sebelum makan. Ketahui kalori harian anda dan tahu kalori yang anda makan. Jangan makan ikut mulut ya. Kerana mulut badan makin membesar.