Instagram : @coach_asmaaishah

27 January 2015

Coach Asma 013 2203389 : Cara Amalan Clean Eating Membantu Turun Berat Badan Secara Sihat

Clean Eating (Makanan Bersih) memang berkait rapat dengan kesihatan tubuh. Konsep Clean Eating adalah satu gaya hidup pemakanan yang lebih sihat bukannya diet. Ia adalah penukaran konsep pemakanan yang lebih sihat secara konsisten untuk kesihatan. Makanan yang dikatakan clean eating sama sahaja dengan makanan harian kita cumanya konsep penyediaan dan pemilihan makanan itu berbeza. Contohnya, nasi putih ditukar kepada karbo yang rendah kanji seperti brown rice, spegheti, macaroni. Dari segi penyediaan makanan, clean eating dimasak secara kukus, rebus dan panggang dengan kadar garam dan gula secara sedikit.

Permulaan clean eating adalah dengan:

1. Makan dalam portion sederhana. Mickey Mouse portion adalah terbaik.


2. Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kurangkan minuman manis.
3. Elakkan minuman bergas kerana kandungan gulanya sangat tinggi.
4. Kurangkan makanan bergoreng. Sebaliknya stim, rebus atau panggang lagi bagus.
5. Tukar minyak masak kelapa sawit kepada minyak zaitun atau jagung yang mengandungi Omega 3.
6. Elakkan makanan yang tinggi kalori dan tinggi lemak. Contohnya kuih muih.
7. Amalkan senaman ringan sekurang kurangnya sekali seminggu.
8. Tukar makanan yang tinggi GI kepada makanan yang low GI. Contoh, Ubi kentang boleh ditukar dengan sweet potato. 

Amalan pemakanan clean eating boleh membantu turun berat badan secara sihat. Ini kerana kalori yang diambil tidak terlampau tinggi sesuai dengan metabolisma seseorang. 

No comments:

Post a Comment